PENUMPANG

Apakah maksud DACSEE Taxi?
DACSEE Taxi merujuk kepada pemandu teksi tempatan yang merupakan sebahagian daripada komuniti DACSEE. Tempahan perjalanan melalui pilihan ini bermakna anda dengan mudahnya akan dipadankan dengan Teksi yang terdekat dengan anda.

Apakah maksud DACSEE XL/MPV?
DACSEE XL/MPV merujuk kepada kenderaan besar yang boleh memuatkan 5 – 6 penumpang dalam satu perjalanan. Ia adalah pilihan yang ideal untuk penumpang bersama keluarga atau rakan-rakan untuk berkongsi kos perjalanan, atau untuk penumpang individu yang inginkan ruang yang lebih luas.

Apakah maksud DACSEE Budget?
DACSEE Budget menawarkan pilihan lebih nilai untuk penumpang. Dengannya, anda boleh sampai ke destinasi pada kadar tambang terendah.

Apakah maksud DACSEE Premium?
DACSEE Premium merujuk kepada komuniti kenderaan mewah kami. Apabila anda menempah perjalanan dengan DACSEE Premium, anda akan menikmati perjalanan pada harga berpatutan dan pengalaman premium.

Apakah maksud DACSEE Comfort?
DACSEE Comfort adalah pemilihan kenderaan jarak jauh bagi mereka yang ingin menikmati keselesaan tambahan dalam perjalanan mereka. Ini adalah pilihan bagi anda yang mahukan sesuatu yang lebih berbanding pilihan bajet namun tanpa perlu membayar kadar tambang yang lebih.

Mengapa gunakan DACSEE?
Menjadi sebahagian daripada komuniti DACSEE bermakna menjadi sebahagian daripada platform “Ride Sharing” yang pertama di dunia. Tempahan perjalanan adalah salah satu daripada manfaat yang diperolehi – kerana ahli komuniti DACSEE juga dapat mencipta dan / atau menyertai Kumpulan Komuniti yang menghubungkan anda dengan ahli lain yang berkongsi gaya hidup dan minat seperti anda. Mengambil kesempatan menjadi pemandu Rookie juga memberi peluang kepada anda untuk menjana pendapatan pasif dari platform berasaskan komuniti yang mematuhi piawaian dan ciri keselamatan tertinggi.

Apakah perbezaan antara E-Hailing & Ride Sharing?
E-hailing merangkumi pelbagai syarikat dan perkhidmatan, termasuk perkhidmatan teksi dan kereta tradisional. Idea utama e-hailing adalah pelanggan menyewa pemandu untuk membawa mereka ke destinasi, sesuatu yang dicapai dengan memanggil teksi dari jalanan, memanggil perkhidmatan kereta di telefon, atau hampir memanggil kereta dan pemandu menerusi aplikasi.

“Ride Sharing,” ataupun sistem Perkongsian Perjalanan, secara umumnya adalah sinonim kepada perkongsian kenderaan – iaitu berkongsi perjalanan dengan penumpang lain. Terdapat “pengguna tegar perkongsian perjalanan” yang turut berpendapat bahawa ia tidak berasaskan kepada keuntungan semata-mata, tetapi demi misi sosial – mobiliti, perlindungan alam sekitar dan penjimatan kos.

Bagaimanakah DACSEE mengira kadar tambang?
Pengiraan tambang DACSEE adalah berdasarkan kadar tetap. Tambang dikira berdasarkan jarak antara titik mengambil dan menurunkan penumpang yang dimasukkan dan masa perjalanan yang dianggarkan, tiada bayaran tambahan tengah malam tetapi sila maklum bahawa bayaran tol tidak termasuk dalam tambang yang dianggarkan dan semua caj tol akan ditanggung oleh penumpang.

Apakah waktu operasi perkhidmatan?
DACSEE beroperasi 24 jam sehari sepanjang minggu. Walau bagaimanapun, perkhidmatan perkongsian perjalanan komuniti kami adalah tertakluk kepada ketersediaan kereta semasa tempahan.

Maklumat yang anda ingin tidak dapat dicari?
Hubungi kami menerusi Sokongan Komuniti DACSEE di support@dacsee.com

Updated on Januari 15, 2019

Related Articles